Akidah

Definisi Akidah :
Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan iaitu diambil dari kata dasar bahasa Arab ‘Akoda-ya’kidu ‘.Akidah boleh ditakrifkan sebagai satu kepercayaan atau satu pegangan.Akidah terbahagi kepada dua iaitu Akidah Sohihah dan Akidah Faasidah atau Baathilah.Akidah Sohihah bermaksud Akidah yang betul.Manakala Akidah Faasidah/Baathilah adalah Akidah yang rosak atau batal.Orang muslim yang mukmin berpegang dengan Akidah Sohihah iaitu satu kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Allah SWT dari segi Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ Wassifat.Manakala Orang Kafir/munafiq pula berpegang dengan Akidah Faasidah iaitu satu kepercayaan kepada selain Allah SWT samada dari segi Rububiyyahnya atau Uluhiyyahnya atau Asma’ Wassifatnya.Jika menolak salah satu daripada bahagian Akidah yang disebutkan tadi maka Akidah telah rosak dan batal.Maka perlulah kepada taubat yang nasuha.


About this entry