Tajuk : Jihad dan Bahagiannya

Pengertian Jihad :

Jihad dari segi bahasa kata terbitan dari perkataan arab “ jahada “ iaitu bersungguh-sungguh bagi mencapai sesuatu tujuan dan matlamat.
Adapun Jihad mengikut istilah syarak pula iaitu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendirikan masyarakat islam dan menjadikan kalimah Allah SWT itu tinggi dan memastikan bahawa syariat Allah SWT yang akan memerintah alam semua sekali.
Perintah Allah SWT kepada orang Islam supaya berjihad. Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Jika kami kehendaki nescaya kami akan utuskan di setiap kampung itu seorang seorang pemberi peringatan maka jangan sekali-kali kamu mentaati orang-orang kafir dan berjihadlah terhadap mereka dengan jihad yang besar.

Bahagian Jihad :

Adapun jihad mempunyai empat bahagian iaitu : Jihadunnafs ( jihad terhadap hawa nafsu ), jihadussyaiton ( jihad terhadap syaitan ), jihadulkuffar ( jihad terhadap orang-orang kafir ),jihadulmunafiqin ( jihad terhadap orang-orang munafiq ).

1- Jihad terhadap hawa nafsu :

Adapun jihad terhadap hawa nafsu itu ada empat bahagian iaitu :

Pertama : iaitu hendaklah seseoang itu bersungguh-sungguh didalam mempelajari ilmu-ilmu Islam dan mendapatkan hidayah Allah SWT.

Kedua : hendaklah bersungguh-sungguh beramal dengan ilmu yang dipelajari.

Ketiga : hendaklah bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu yang dipelajari tersebut kepada orang lain. Dan jika sekiranya kita tidak menyampaikan kepada orang lain kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT.( dalil al quran ).

Keempat : jihad di dalam menanggung kesukaran atau tribulasi dakwah, iaitu bersabar menanggung bebanan dakwah dan permasalahannya.

Jika seseorang itu dapat menyempurnakan keempat-empat bahagian jihad terhadap nafsu maka orang itu layak diletak bersama golongan Rabbaniyyin.

2- Jihad terhadap syaitan :

Ia mempunyai 2 bahagian :
Pertama : Jihad seseorang itu dalam menangkis sebarang bentuk syubhah ( kesamaran/keraguan ) yang dicampak oleh syaitan.
Kedua : Menangkis sebarang bentuk syahwat.

3- Jihad terhadap orang-orang kafir dan munafiq :

Jihad ini mempnyai 4 bahagian atau peringkat iaitu
– jihad dengan hati
– jihad dengan lidah
– jihad dengan harta benda
– jihad dengan jiwa raga
Maka jihad terhadap orang kafir adalah lebih khusus dengan tangan adapun jihad terhadap orang munafiq dikhususkan dengan lidah.

4- Jihad untuk membanteras segala kemungkaran dan maksiat :

Jihad ini mempunyai tiga marhalah utama iaitu
Pertama berjihad dengan menggunakan tangan, jihad terlaksana apabila seseorang itu memiliki kuasa, maksudnya dapat merubah masyarakat dari kegelapan maksiat kepada cahaya kebaikan. Kuasa itu samada kuasa kekuatan tubuh badan atau kuasa politik atau kuasa ekonomi atau kuasa pendidikan atau kuasa-kuasa lain lagi.
Adapun jihad yang kedua iaitu dengan menggunakan wasilah lidah. Lidah digunakan bagi merubah masyarakat kepada kebaikan. Menggunakan lidah untuk perubahan bererti bercakap, berceramah, berpidato mengajak dan menyeru, serta melarang, memberi amaran, memberi nasihat atau berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran, semuanya itu jihad dengan lidah.
Jihad yang terakhir iaitu jihad dengan hati. Bererti rasa benci dan tidak suka dengan kekufuran atau kemaksiatan. Tidak setuju atau redha kepada maksiat dan perkara-perkara mungkar.


About this entry