Ahlan Ya Ramadhan !

Selamat datang wahai Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan kemuliaan, bulan rahmat, bulan keampunan, bulan bagi umat Islam berpuasa, bulan kemurahan rezeki, bulan al Quran, bulan jihad, bulan kesabaran, bulan penghulu segala bulan…alangkah bertuahnya orang yang dapat menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan perhitungan.Ramadhan adalah penawar segala penyakit, penyakit rohani ataupun jasmani.Berpuasalah kamu nescaya kamu sihat. Inilah madrasah Ramadhan penuh dengan pendidikan dan tarbiyyah.Padanya ada lailatulqadar ‘ malam al qadar ‘, beramal dimalamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.Di setiap malam hari Ramadhan ada satu senarai di sisi Allah SWT iaitu senarai hambanya yang dilepaskan dari azab api neraka.Moga kita tergolong dalam senarai tersebut.Amin.


About this entry