H1N1 : Satu Bala’ daripada Allah SWT

Bala’ adalah perkataan Arab yang bermaksud ujian.Selain daripada bala’ ada perkataan lain yang sama ertinya seperti ibtila’, imtihan, ikhtibar, mehnah ataupun disebut juga fitnah.Fitnah bermaksud ujian/cubaan.Fitnah juga bermaksud kekufuran, ia juga bermaksud pembunuhan ( sila rujuk al Quran ).Ujian ini datang dalam dua bentuk : keburukan dan kebaikan. Ujian dalam bentuk kebaikan untuk menilai tahap kesyukuran hambanya kepada Allah SWT. Ujian dalam bentuk keburukan untuk menilai tahap kesabaran hambanya. Semuanya ada ganjaran. Perbahasan tentang bala’/ibtila’ ini memang luas. Ia adalah satu sunnah Allah SWT. Orang yang paling kuat ditimpa ujian ialah para nabi, kemudian orang-orang soleh, kemudian mereka yang seumpama dengannya.
Namun begitu nabi SAW mengajar kepada kita supaya minta dijauhkan kita daripada bala’ dan fitnah. Ya Allah aku berlindung dengan MU dari fitnah hidup dan mati, dari fitnah kubur dan azabnya, dari fitnah neraka dan azabnya dan dari fitnah Al Masih Dajjal.Dan banyak lagi doa yang diajar oleh nabi SAW supaya minta berlindung dari segala bala’, kecelakaan dan azab yang pedih.Di antaranya ” Ya Allah aku berlindung dengn MU dari sifat kemurungan dan sedih, dari sifat lemah dan malas, dari sifat pengecut dan kedekut dan aku berlindung dengan MU dari dibelenggu dengan bebanan hutang dan paksaan orang “. Amalkanlah doa ini pada waktu pagi dan petang, insyaalah mujarab.
Ujian/Bala’ diturunkan kepada semua manusia, samada orang beriman, muslim, kafir, fasiq.Ujian ini mempunyai matlamat yang berbeza.
Persoalannya mengapa bala’ atau ujian yang berat itu diturunkan? Insaflah apabila kemungkaran dan kemaksiatan mengatasi kebaikan dan ketaatan maka Allah SWT akan membersihkannya dengan ujian dan bala’.Maka perbanyakkanlah kebaikan dan ketaatan supaya kita dihindari dari bala’ yang dahsyat.


About this entry