H1N1 : Cara mencegahnya…

Yang penting kita kena selalu bersih tangan.Kena Pakai topeng muka ( mask ). Jangan pergi ke tempat awam…dan banyak lagi tips yang perlu diikuti untuk elak virus influenza A H1N1.
Saya rasa itu untuk penjagaan fizikal. Kita mesti juga jaga kebersihan spiritual untuk elak virus merbahaya tersebut. Kita mesti membersihkan jiwa dari sifat mazmumah termasuk segala sifat kekufuran dan kefasikan yang melibatkan akidah, ibadat mahupun akhlak.Jangan lupa tutup aurat : bagi lelaki, auratnya di antara pusat dan lutut, bagi perempuan, auratnya seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua belah tangan.Seterusnya elak pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.Sebenarnya seluruh peraturan Allah SWT adalah untuk kebaikan manusia samada untuk cegah diri dari penyakit atau cegah diri dari api neraka Allah SWT.Hanya manusia yang bijak sahaja beramal dengan perintah Allah SWT.Amalkanlah tips ini sekarang insyaalah mujarab dan menakjubkan.


About this entry