Maal Hijrah 1

Dari segi bahasa : berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Kedatangan tahun baru hijrah mengingatkan kita sekurang-sekurangnya 2 perkara penting :
1- Usia kita semakin bertambah
2- Usaha Saidina Omar Al Khattab memperkenalkan tahun hijrah.

Beberapa peristiwa hijrah dalam sejarah Islam :
– Hijrah para nabi a.s seperti hijrah nabi Adam as, hijrah nabi Ibrahim as, hijrah nabi Musa as, hijrah nabi Yusof as dan beberapa orang nabi yang lainnya – sila rujuk sirah para nabi a.s.
– Hijrah Ashabul Kahfi.
– Hijrah Habasyah.
– Hijrah nabi SAW ke Ta’if.
– Hijrah nabi SAW ke Madinah Al Munawwarah…inilah tuan punya hijrah yang agung dalam sejarah Islam.Maka di saat kita menyambut kedatangan tahun baru hijrah insan inilah yang mesti disebut-sebut, diagungkan, dimuliakan , diingati…lebih daripada itu diikuti dalm seluruh kehidupan kita…mengamalkan sunnahnya…kerana berapa ramai insan muslim yang menyambut kedatangan hijrah tetapi tidak mengamalkan sunnah nabi Muhammad SAW diantara sunnahnya menyimpan janggut, memendekkan misai…saya nyatakan 2 contoh ini kerana melihatkan betapa ramai insan muslim yang menjauhkan diri dari menonjolkan imej sebegini bahkan lebih suka dan berminat menonjolkan imej non-muslim…mengapa begitu? …kerana betapa nipisnya iman di dada…yang kecil dah tidak dapat nak ikut maka apatah lagi sunnah yang lebih besar…


About this entry